Durian oh Durian...

| |
Assalamualaikum...
hari ni mula keja semula..so dpt la mengepos benda baru kt blog ni memandangkan kt opis dapat wireless free..hari ni nk cite sikit pasal weekend yang telah kami lalui..

sabtu...
Lepas je habis keja kami pun terus la balik jemput eja yang nak dihantarkan ke stesen bas Larkin. Aini pun join kami sebab di kata family dia pergi Muar sebab cousin dia kahwin.Lepas je kami hantar eja tanpa tunggu dia naik bas(sian eja) kami terus la pergi makan kt bomba(sebab food court ni sebelah balai bomba).Kat sini memang famous dengan kacang pool.Zana and ct tapaw for dinner.Lepas kami kekenyangan dan lepas zohor kat masjid berhampiran kami pun meneruskan perjalanan ke Teluk Danga.Sebenarnye Aini tanya masa lunch tu nak pergi mana lepas ni..memandangkan kami bosan nak bershopping so kami pilih pergi karaoke tak ok.. kt danga bay.Aini pun tunjukkan port yang best kat kami.Memang best dari port biasa kami pergi sampai sorang layan 3..4 lagu..hahaha...

Dah puas membingitkan telinga orang kat sana kami pun bertolak ke Kit Mart Tampoi..First time pergi sejak bermastautin kat JB ni..best jugak kat situ..Memandangkan sekarang tengah musim buah memang banyaklah durian rambutan sampai rambang mata aku dan ct dibuatnya
So kami decide nk beli durian sebakul RM5 lepas pusing-pusing nanti.lepas dah selesai aku beli dvd cerita Push and New in Tow dan sepolisterin rojak Asmah terus la kami sambar durian sebakul kecik yang ada 6 biji durian pelbagai saiz.Memang excited.

Lepas hantar aini kat rumah dia kami pn cepat-cepat balik nak kejar asar..lepas je lepak mandi semua aku dan ct pn excited la dengan durian 5 hinggit kitorang..bukak je plastik kami pn tengok la durian ktorang yang comel tu..rupa-rupanya..Kami TERTIPUUUUU...patut la murah..dah kena tebuk tupai rupenye..ish..ish..sampai hati pakcik tu tipu kitorang..yang kami pn tanpa usul periksa terus je sambar..Walaupun sedih tapi Ct tetap menunjukkan la skill dia bukak durian..dengan pisau potong bawang pun buleh..Tengah-tengan makan ct pn kata "aku penah kena camni masa kat kedah dulu..siap kata lagi lepas ni dah tak nak terpedaya..tapi kena jugak lagi."hahahahaha..aku pun sama la macam ct menyesal dan beringat masa kena je..tapi lepas tu terkena juga sebab excited tak bertempat..

ahad...
hari ini memang aku nak relax and tak mau pergi mana-mana macam weekend-weekend yang lepas..so pagi tu kami just breakfast kat bilik memandangkan dah lama maggi kari fave aku dah lama tak disentuh..lepak-lepak kat bilik zana n ct memandangkan bilik aku dah harum semerbak dengan bau durian..lepas je tengok jalan-jalan carik makan (zana ada tv box) kami pun meneruskan la usaha nak habiskan 2 biji lagi durian semalam..pagi ni kami ada 2 bijik durian besau..tapi jeng..jeng..jeng..lagi la hampeh dapat makan dua ulas sorang je..tapi syukur jugak la
sebab niat kami nak makan durian masa kat jb ni termakbul..tapi lepas ni kami xnak dah terpedaya dengan durian murah..biasa la bayar pun 5 hinggit dapat la kualiti 5 hinggit..macam beli cd cetak rompak..hahahaha..so..the moral value of the story..kalau beli durian cek dulu biar mahal asalkan berbaloi-baloi..

petang ahad lepas siapkan laundry aku,zana and ct pegi la keluarlunch walaupun pukul 4 sudah
kami pegi je kedai mamak sebab dekat dengan tempat servis dan cuci kereta..ape kaitan servis keta dengan lunch??hehehe..pas dah settle semua kami pergi la shopping dekat Jasco..balik je aku rasa perlu menghilangkan bau hangit durian sebab eja roomate ku memang xsuka..macam macam la aku usahakan spray dengan air fresher lemon,mop dengan ajax apple..tp durian oh durian memang tak buleh kalah juga..so moral value of the story lagi..makan la durian dekat port yang sepatutnyer..

0 comments:

Post a Comment