Mana BULAT???

| | Comments: (0)


Bulat baik..bulat cantik..bulat syg anak-anak...
bulat setia..bulat jinak-jinak merpati...sayang bulat

bulat memang ibu mithali..
bulat layan miki..mika..miko
baik-baik sangat

bulat pipinya bulat
matanye cantik...

kalau makan..
bulat selalu dahulukan anak-anak

kalau CK balik
bulat setia pada CK

kalau first time jumpe orang
bulat selalu lari
bila dah kenal
bulat suka datang dekat-dekat

zana sayang bulat
zana sayang miki
zana sayang mika
zana sayang miko

tapi..
sekarang bulat dah takde
zana sedih
makanan bulat dan anak-anak
banyak lagi...

mana bulat???



mana mika..miki..miko???

BerIngat bila Berkata...

| | Comments: (0)

Manusia berbicara setiap masa. Bicara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kepada manusia. Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan di akhirat. Di dunia akan dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati orang lain akan menyebabkan kita terseksa kekal abadi di dalam neraka Allah SWT.

Bagi mereka yang beriman, lidah yang dikurniakan oleh Allah itu tidak digunakan untuk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan untuk mengeluarkan mutiara-​mutiara yang berhikmah.

Oleh itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia daripada mengucapkan perkataan yang sia-sia.

HIKMAH DIAM
1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah.
2. Perhiasan tanpa berhias.
3. Kehebatan tanpa kerajaan.
4. Benteng tanpa pagar.
5. Kekayan tanpa meminta maaf kepada orang.
6. Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal.
7. Menutupi segala aib.

Hadis2 Rasullulah mengena! i kelebihan diam yang bermaksud:
* “Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya”. ( RW ABU NAIM )
* “Barangsiapa yang beriman kepada Alah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam”. ( RW BUKHARI & MUSLIM )
* “Barangsiapa diam maka ia terlepas dr bahaya”.( RW AT-TARMIZI )

Madah Dari Hukama:
* BANYAK DIAM TIDAK SEMESTINYA BODOH, BANYAK CAKAP TIDAK SEMESTINYA CERDIK, kerana KECERDIKAN ITU BUAH FIKIRAN, orang CERDIK yang PENDIAM LEBIH BAIK DR orang BODOH yang BANYAK CAKAP.
* MENASIHATI ORANG yang BERSALAH , TIDAK SALAH. YANG SALAH MEMIKIRKAN KESALAHAN ORANG..
* KALAU orang MENGHINA KITA, BUKAN KITA TERHINA, yang SEBENARNYA orang ITU MENGHINA DIRINYA SENDIRI.

Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan diam. Jalan yang terbaik ialah diam kalau kita tidak dapat bercakap! kearah perkara2 yang baik. Bicara yang baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kepada kekuatan iman pada diri manusia.

++1 purnama di tahun 2010++

| | Comments: (0)
Hahahaha...gelak2 dlu b4 nk taip2..sbb lama giler dh xmelayan bende ni..last entry 2-11-2009 dkt2 3 bulan la dok menyepikan diri(poyo je dgr)..

@flashback 3bln lepas...

1. asek melayan K-POP kt youtube..mmg giler addicted..lagu+mv+drama&movie(sket2)
2. bz memanjakan diri dgn family..sbb cuti so mls nk on9 kt kampung saya yg indah permai(line trok sbnrnyer..dr skit ati bek aku melayan benda yg berfaedah seperti meningkatkan skill masak memasak)
3. syok memenuhi undangan wedding jiran tetangga n kwn2..congratzzz kpd shashawn+shah n meon
4. bz nk mulakan sem baru n bz nk wat psm...wat sistem yg xbape nk siap lg..gambate!!!

@recent xtvy...

1. bz layan novel2 dimasa sengkang(ade ke pekataan ni??)..Jaja&Din+5thn5bln.. xhabis baca pn lg..
2. ske sgt join ct..pjot..eja..ain berSAIDINA(addicted)...hahaha sori la adli sbb dh jd cm hak kami plak SAIDINA ni
3. join Degree++ dkt FSKSM
4. sempat gk g berlibur sblm pulun wat psm
5. jd misi(panggilan org n9 untuk nurse) k.yud lepas operate lutot..sian plak..misi balas jasa gk ni

@renung2kn & selamat beramal...

5 Perosak HAti (tajuk masa wat assignment TITAS)

Imam Ibnul Qayyim ada mengatakan terdapat 5 perkara yang boleh merosakkan hati iaitu bergaul dengan banyak kalangan (baik dan buruk), angan-angan kosong, bergantung kepada selain Allah, kekenyangan dan banyak tidur.'

1)Bebas pergaulan.

Pergaulan itu perlu. tetapi banyak bergaul boleh merosakkan hati. Sebab semua orang mempunyai hati yang berbeza-beza walaupun rambut je sama. Walaupun lahir dari keturunan dan rahim yg sama, tetapi mempunyai rsa hati yg berbeza. Jika salah pergaulan akan lebih menghancurkan hati. Realiti hari ini, ramai org yg rosak kerana terslah memilih rakan pergaulan. Dalam al-Quran pun ada menyatakan tentang pergaulan:
"Teman-teman akrab pada hari itu sebagiannya menjadi musuh bagi sebagian yang lain, kecuali orang-orang yang bertakwa." (Az-Zukhruf: 67).

2)Angan-angan kosong
Berangan boleh tapi mestilah dengan usaha yg sepatutnya untuk mencapai apa yg diangankan. Berapa ramai yg berjaya bermula dgn angan-angan, tetapi angan-angan mereka disertai dgn usaha yg jitu. Angan-angan yg boleh merosakkan hati ialah angan-angan yg tidak disertai dgn usaha yg sepadan. Hnya meletakkan angan-angan tinggi tetapi tidak berusaha. Angan-angan ini juga tidak disertai dgn doa dan pengharapan kepada Allah. Umapamanya soal jodoh, hanya berangan utk mendapat lelaki yg terbaik tetapi tidak berusaha mencari jodoh dengan cara yang menusabah dan tidak berdoa. akhirnya, angan-angan hanya tinggal angan-angan.

Lama-kelamaan angan-angan akan menjadi satu yang boleh merosakkan hati kerana, tidak ada sikap utk berusaha, akhirnya jadi malas dan lesu utk berusaha.


3) Bergantung selain daripada Allah
Ini adalah faktor terbesar yg menyebabkan kerosakan hati. Bergantung selain dari Allah adalah syirik yang jelas dan dosa syirik tiada ampunan dari Allah. Sebagai contoh, meminta bomoh yg menyembuhkan sesuatu penyakit dgn upacara-upacara pemujaan tertentu.

Lebih dari itu, secara umum, asal dan pangkal syirik adalah dibangun di atas ketergantungan kepada selain Allah. Orang yang melakukannya adalah orang hina dan nista. Allah berfirman, artinya: "Janganlah kamu adakan tuhan lain selain Allah, agar kamu tidak menjadi tercela dan tidak ditinggalkan (Allah)." (Al-Isra': 22)

4) Makanan
Makanan boleh menyebabkan kerosakan hati sama ada dari aspek fizikal hati atau rohani. salah mengambil makanan juga akan menyebabkan hati rosak dan membawa kepada penyakit-penyakit hati. Namun kerosakan dari aspek rohani hati merupakan 'barah' yang lebih bahaya. Terdapat dua jenis makanan yg boleh merosakkan hati iaitu makanan yg haram kerana hak Allah. contohnya, bangkai, darah dan haiwan yg disembelih selain nama Allah. Yang kedua ialah haram kerana hak manusia seperti, hasil curi, riba dan rasuah. kedua-dua jenis ini akan lebih merosakkan rohani hati dan akan memberi kesan kepada setiap perbuatan yg dilakukan.

Selain itu, banyak makan juga akan mematikan hati. Sebab tu Nabi s.a.w menyuruh kita mengamalkan makan sebelum lapar dan berhenti sebelum kenyang. Kenyang yg terlampau akan menyebabkan penyakit malas, dan penyakit-penyakit lain hasil hasutan syaitan. Sebuah hadis masyhur ada menyebut:
"Tidaklah seorang anak Adam memenuhi bejana yang lebih buruk dari memenuhi perutnya (dengan makanan dan minuman). Cukuplah bagi anak Adam beberapa suap (makanan) yang bisa menegakkan tulang rusuknya. Jika harus dilakukan, maka sepertiga untuk makanannya, sepertiga untuk minumannya dan sepertiga lagi untuk nafasnya." (HR. At-Tirmidzi, Ahmad dan Hakim, dishahihkan oleh Al-Albani).

5)Banyak tidur
Tidur banyak boleh mematikan hati dan menyebabkan penyakit malas dan badan jadi lesu. Tidur yang paling tidak baik ialah selepas subuh dan selepas asar. Tidur yg terbaik diwaktu malam sebelum sepertiga malam. Tidur yang berkualiti bagi org dewasa ialah 6 hingga 7 jam sahari. Tidur yang berlebihan akan menyebabkan penyakit kegemukan dan boleh mematikan hati. Tidur yang tidak mencukupi akan menyebabkan kekurangan tenaga dan lesu serta letih untuk menjalankan tugasan amanah yg diberi oleh Allah. Oleh itu, berpada-pada lah ketika tidur dan dapatkan tidur yg berkualiti setiap hari.

sumber:mayauzmani.blogspot.com

++byeBYEbye octoBer++

| | Comments: (0)
Walaupun oyin suke oktober,tp oyin tak leh nk pause kan oktober sesuka hati...oktober sure tamat sampai 31 hari je..walaupun oktober ada 31 hari tapi rasa cam sekejap je..nak2 hujung sem ni..busy dgn assignment+projek..

Dalam busy2 nak siapkan PSM1 "dan" jugak oyin attend mok+lutfi's ( schoolmate kt STJ) wedding..congretz!!! cam biasa la..dah bekumpul sesama stj ni mmg kecoh la jadinye kenduri mok 2..sgt2 best!!pastu sempat raya rumah machit(even oyin raya kali ke3 wat muka malun je) hahaha:P..dekat2 2 jam gk la..ada emon, aidid, ayun, chip,kurr & faizal..

Pastu ape lg yg best oktober ye..hah!!..ari2 ade gk cik aidah dr nstp call..dorg nk interview lg nak masuk paper..nstp mmg berjasa sgt2 kt oyin.. THANKS nstp..masa dok borak2 dgn cik aidah 2 mmg byk la input2 yg masuk..antaranye:

1. pantang makan kentang..
2. search pasal bone tumor
3. pastu share dgn org ramai..

Memang murni niat cik aidah ni..Lagi pun cik ni mmg caring sesangat..dia siap bagi idea soh wat website pasal bone cancer lg..kire awareness pada orang ramai la...1day oyin akan try wat cik..

Oktober lepas gk..oyin ade g makan2 kat Senibong dgn kak Yud(kakak oyin)+N(house k.yud)..memang best sangat!!!tp 3 orang je..xde la dapat habis sume2..

Tapi paling best oktober ari 2...Presentation PSM1 oyin masa Bday oyin..memang cuak la..tp ok la..kenangan betol..

Sebelum tamatkan sesi hari ni oyin nk berusrah sket::

IMAM Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya:

1.Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini? Yang paling dekat dengan kita ialah mati. Sebab itu janji Allah, bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati (Surah Ali-Imran :185).


2.Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini? Yang paling tepat ialah masa lalu. Dengan apapun kemudahan kita, manusia tidak boleh kembali kepada masa lalu. Sebab itu kita perlu menjaga dengan teliti hari ini, esok dan akan datang dengan perbuatan yang dituntut agama Islam.”


3.Apa yang paling besar di dunia ini? Jawapan paling tepat ialah hawa nafsu (Surah Al A’raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.

4.Apa yang paling berat di dunia ini? Perkara yang paling berat di dunia ialah memegang amanah (Surah Al-Azab : 72). Tumbuh-tumbuhan, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.


5.Apakah perkara yang paling ringan di dunia ini? Yang paling ringan sekali di dunia ini adalah meninggalkan solat. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat.


6.Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? Paling tajam ialah lidah manusia kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukakan perasaan orang lain.


oKtoBer (^_~)

| | Comments: (0)
~ OKTOBER ~
my fav..my bday..my sweet 24th...yey!!!!

20-10-every yr

thanks 2 all my frenz yg meng"wish"

i lurve u all

ct dear, TQ 4 da KLIK

ppg cupcake:P

bubble as cake

my bubble & baby_hunny



actually oktober ni bulan yg agak bz sbb:

1. Pembentangan Projek Sarjana Muda 1
2. mini projek yg berlambak2
3. start final exam 29


tp walau apa pun terjadi hadapi semuanya dengan senyuman :)
di samping bersedekah boleh awet muda





Kotak Kosong

| | Comments: (0)


Satu hari ketika seorang ayah membeli beberapa gulung kertas bungkusan hadiah, anak perempuannya yang masih kecil dan manja sekali, meminta satu gulung.

“Untuk apa?” tanya si ayah.
“Nak bungkus hadiah” jawab si kecil.

“Jangan dibuang-buang ya.” pesan si ayah, sambil memberikan satu gulungan kecil.
Keesokan harinya, pagi-pagi lagi si kecil sudah bangun dan membangunkan ayahnya, “Yah, Ayah…….. ada hadiah untuk Ayah.”

Si ayah yang masih menggeliat, matanya pun belum lagi terbuka sepenuhnya menjawab, “Sudahlah…. nanti nanti saja.”

Tetapi si kecil pantang menyerah, “Ayah, Ayah, bangun Ayah, dah pagi” “Eh… kenapa ganggu ayah… masih terlalu awal lagi untuk ayah bangun.”
Ayah terpandang sebuah bungkusan yang telah dibalut dengan kertas pembungkus yang diberikan semalam.!

“Hadiah apa ni?”
“Hadiah hari jadi untuk Ayah. Bukalah Yah, buka sekarang.”

Dan si ayah pun membuka bungkusan itu.
Ternyata di dalamnya hanya sebuah kotak kosong. Tidak berisi apa pun juga.



Eh.. kenapa kosong?? Tak ada isi di dalamnya. Kan Ayah dah kata jangan buang-buang kertas bungkusan Ayah. Membazir tu

Si kecil menjawab,
Tak Ayah….., ada isi tu… Tadi kan, Puteri masukkan banyak sekali ciuman untuk Ayah.
Si ayah merasa terharu, dia mengangkat anaknya. Dipeluk dan diciumnya.
Puteri, Ayah belum pernah menerima hadiah seindah ini. Ayah akan selalu menyimpan hadiah ini. Ayah akan bawa ke pejabat dan sekali-sekala kalau perlu ciuman Puteri, Ayah akan mengambil satu. Nanti kalau kosong diisi lagi ya!
Kotak kosong yang sesaat sebelumnya dianggap tidak berisi, tidak memiliki nilai apa-apa pun, tiba-tiba terisi, tiba-tiba memiliki nilai yang begitu tinggi. Apa yang terjadi?

Lalu, walaupun kotak itu memiliki nilai yang sangat tinggi di mata si ayah, namun di mata orang lain tetap juga tidak memiliki nilai apa pun. Orang lain akan tetap menganggapnya sebuah kotak kosong.

Moral: Kosong bagi seseorang boleh dianggap penuh oleh orang lain. Sebaliknya, penuh bagi seseorang boleh dianggap kosong oleh orang lain. KOSONG dan PENUH - kedua-duanya merupakan produk dari “fikiran” anda sendiri. Sebagaimana anda memandangi hidup demikianlah kehidupan anda. Hidup menjadi bererti, bermakna, kerana anda memberikan erti kepadanya, memberikan makna kepadanya. Bagi mereka yang tidak memberikan makna, tidak memberikan erti, hidup ini ibarat lembaran kertas yang kosong…

Sumber:
note facebook wan oh wan..

baru (^_^)

| | Comments: (0)
Last wik oyin..k.ana..eja..g salon...sure la nk g potong rambut xkn nk g beli vcd cetak rompak lak kn..hehe:p lps amoi 2 bwk g bilik tok muslimah..oyin n k.ana pn usha la mjlh yg ade(padahal mmg dh set nk wat rambut cm tiffany snsd)haha...mula proses potong2 rambut...amoi tu tya la nk paras mana..oyin pn ckp la..dh siap dia tya lg..pastu cm xcukup pendek..oyin pn soh la pendekkn lg..last2 selesai la proses pembentukn rambut oyin jd tiffany (xde la cm tiffany snsd pn)..amoi tu pn ajar la cne nk menten kn..dh sudah kutip2 rambut..g la byar..ade ke rm20 dia mintak..nk xnk byr jgk la..pas je balik..oyin pn tayang2 la kt jiran tetangga..ni la komen2 dorang:

eja :: kot pendek lg..lg ok
zana :: (terdiam jap)cam xde perubahan pn..

ct ::
RM20...adoiiiii..
lily :: comey2:)

pjot :: cm rihanna(even xde la sgt)

dlm byk2 komen tu oyin rasa..komen ct paling klaka..dgn nada yg paling hampa+keciwa..mmg lawak..smpi arini dok teringat2 lg..dgn expresi muka n gesture badan lg..mmg jd bahan la..

ape2 komen pn..oyin ttp suke dgn rambut baru ni..rambut raya la kirenye...hahaha:P





tiffany hair cut yg di idamkn


hair cut yoobin pn cute


cam yoona pn kiut:)