++1 purnama di tahun 2010++

| |
Hahahaha...gelak2 dlu b4 nk taip2..sbb lama giler dh xmelayan bende ni..last entry 2-11-2009 dkt2 3 bulan la dok menyepikan diri(poyo je dgr)..

@flashback 3bln lepas...

1. asek melayan K-POP kt youtube..mmg giler addicted..lagu+mv+drama&movie(sket2)
2. bz memanjakan diri dgn family..sbb cuti so mls nk on9 kt kampung saya yg indah permai(line trok sbnrnyer..dr skit ati bek aku melayan benda yg berfaedah seperti meningkatkan skill masak memasak)
3. syok memenuhi undangan wedding jiran tetangga n kwn2..congratzzz kpd shashawn+shah n meon
4. bz nk mulakan sem baru n bz nk wat psm...wat sistem yg xbape nk siap lg..gambate!!!

@recent xtvy...

1. bz layan novel2 dimasa sengkang(ade ke pekataan ni??)..Jaja&Din+5thn5bln.. xhabis baca pn lg..
2. ske sgt join ct..pjot..eja..ain berSAIDINA(addicted)...hahaha sori la adli sbb dh jd cm hak kami plak SAIDINA ni
3. join Degree++ dkt FSKSM
4. sempat gk g berlibur sblm pulun wat psm
5. jd misi(panggilan org n9 untuk nurse) k.yud lepas operate lutot..sian plak..misi balas jasa gk ni

@renung2kn & selamat beramal...

5 Perosak HAti (tajuk masa wat assignment TITAS)

Imam Ibnul Qayyim ada mengatakan terdapat 5 perkara yang boleh merosakkan hati iaitu bergaul dengan banyak kalangan (baik dan buruk), angan-angan kosong, bergantung kepada selain Allah, kekenyangan dan banyak tidur.'

1)Bebas pergaulan.

Pergaulan itu perlu. tetapi banyak bergaul boleh merosakkan hati. Sebab semua orang mempunyai hati yang berbeza-beza walaupun rambut je sama. Walaupun lahir dari keturunan dan rahim yg sama, tetapi mempunyai rsa hati yg berbeza. Jika salah pergaulan akan lebih menghancurkan hati. Realiti hari ini, ramai org yg rosak kerana terslah memilih rakan pergaulan. Dalam al-Quran pun ada menyatakan tentang pergaulan:
"Teman-teman akrab pada hari itu sebagiannya menjadi musuh bagi sebagian yang lain, kecuali orang-orang yang bertakwa." (Az-Zukhruf: 67).

2)Angan-angan kosong
Berangan boleh tapi mestilah dengan usaha yg sepatutnya untuk mencapai apa yg diangankan. Berapa ramai yg berjaya bermula dgn angan-angan, tetapi angan-angan mereka disertai dgn usaha yg jitu. Angan-angan yg boleh merosakkan hati ialah angan-angan yg tidak disertai dgn usaha yg sepadan. Hnya meletakkan angan-angan tinggi tetapi tidak berusaha. Angan-angan ini juga tidak disertai dgn doa dan pengharapan kepada Allah. Umapamanya soal jodoh, hanya berangan utk mendapat lelaki yg terbaik tetapi tidak berusaha mencari jodoh dengan cara yang menusabah dan tidak berdoa. akhirnya, angan-angan hanya tinggal angan-angan.

Lama-kelamaan angan-angan akan menjadi satu yang boleh merosakkan hati kerana, tidak ada sikap utk berusaha, akhirnya jadi malas dan lesu utk berusaha.


3) Bergantung selain daripada Allah
Ini adalah faktor terbesar yg menyebabkan kerosakan hati. Bergantung selain dari Allah adalah syirik yang jelas dan dosa syirik tiada ampunan dari Allah. Sebagai contoh, meminta bomoh yg menyembuhkan sesuatu penyakit dgn upacara-upacara pemujaan tertentu.

Lebih dari itu, secara umum, asal dan pangkal syirik adalah dibangun di atas ketergantungan kepada selain Allah. Orang yang melakukannya adalah orang hina dan nista. Allah berfirman, artinya: "Janganlah kamu adakan tuhan lain selain Allah, agar kamu tidak menjadi tercela dan tidak ditinggalkan (Allah)." (Al-Isra': 22)

4) Makanan
Makanan boleh menyebabkan kerosakan hati sama ada dari aspek fizikal hati atau rohani. salah mengambil makanan juga akan menyebabkan hati rosak dan membawa kepada penyakit-penyakit hati. Namun kerosakan dari aspek rohani hati merupakan 'barah' yang lebih bahaya. Terdapat dua jenis makanan yg boleh merosakkan hati iaitu makanan yg haram kerana hak Allah. contohnya, bangkai, darah dan haiwan yg disembelih selain nama Allah. Yang kedua ialah haram kerana hak manusia seperti, hasil curi, riba dan rasuah. kedua-dua jenis ini akan lebih merosakkan rohani hati dan akan memberi kesan kepada setiap perbuatan yg dilakukan.

Selain itu, banyak makan juga akan mematikan hati. Sebab tu Nabi s.a.w menyuruh kita mengamalkan makan sebelum lapar dan berhenti sebelum kenyang. Kenyang yg terlampau akan menyebabkan penyakit malas, dan penyakit-penyakit lain hasil hasutan syaitan. Sebuah hadis masyhur ada menyebut:
"Tidaklah seorang anak Adam memenuhi bejana yang lebih buruk dari memenuhi perutnya (dengan makanan dan minuman). Cukuplah bagi anak Adam beberapa suap (makanan) yang bisa menegakkan tulang rusuknya. Jika harus dilakukan, maka sepertiga untuk makanannya, sepertiga untuk minumannya dan sepertiga lagi untuk nafasnya." (HR. At-Tirmidzi, Ahmad dan Hakim, dishahihkan oleh Al-Albani).

5)Banyak tidur
Tidur banyak boleh mematikan hati dan menyebabkan penyakit malas dan badan jadi lesu. Tidur yang paling tidak baik ialah selepas subuh dan selepas asar. Tidur yg terbaik diwaktu malam sebelum sepertiga malam. Tidur yang berkualiti bagi org dewasa ialah 6 hingga 7 jam sahari. Tidur yang berlebihan akan menyebabkan penyakit kegemukan dan boleh mematikan hati. Tidur yang tidak mencukupi akan menyebabkan kekurangan tenaga dan lesu serta letih untuk menjalankan tugasan amanah yg diberi oleh Allah. Oleh itu, berpada-pada lah ketika tidur dan dapatkan tidur yg berkualiti setiap hari.

sumber:mayauzmani.blogspot.com

0 comments:

Post a Comment